Isnin, 11 Mei 2015

Majlis Fatwa tidak pernah bincang pembelian tanah 1MDB – Mufti Perlis

 
Beliau mengesahkan tiada sebarang mesyuarat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membincangkan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji.


tabung-haji-1MDB-maza



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengakui beliau tidak terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengesahkan pembelian tanah IMDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) menepati pematuhan syariah.

Katanya, sejak dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada 1 Februari lalu, beliau tidak pernah hadir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membincangkan perkara itu.

Malah, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang mesyuarat yag dibuat majlis itu khusus membincangkan pembelian tersebut.

“Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB,” tulis Asri dalam satu kenyataan Facebook.
Beliau menjawab pertanyaan mengenai penglibatan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam pembelian tanah itu.

“Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini,” jawabnya ringkas.

Kenyataan Asri itu ternyata bercanggah dengan kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin yang menyatakan pembelian tanah bernilai RM188.5 juta itu menepati syarat-syarat pematuhan syariah.

Shukor berkata, urusan pembelian hartanah untuk pembangunan itu adalah sah dan dijalankan tanpa membabitkan unsur-unsur gharar (meragukan).

Shukor, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji menyifatkan pembelian tanah itu bukan satu perkara luar biasa dan urusannya dijalankan denga

n sangat telus serta mengikut kaedah-kaedah jual beli dalam Islam.

“Dalam menentukan harga barang, bukan pembeli yang menentukannya dan kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan harga ditawarkan.

“Dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu,” kata Shukor dalam sidang akhbar pada Sabtu lalu.


Tiada ulasan: