Isnin, 25 Mei 2015

Kit Siang rindui Nik Aziz

kit-siang--nik-aziz

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketika nasib dan masa depan Pakatan Rakyat terumbang-ambing pemimpin veteran DAP masih positif gabungan alternatif kepada BN itu masih boleh diselamatkan.
Dan bagi Lim Kit Siang, ketika suasana tidak menentu ini beliau terkenang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

lim-kit-siang-dan-nik-azizMenurut Kit Siang, beliau “merindui” Nik Abdul Aziz yang meninggal dunia hanya beberapa hari selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara Februari lalu.

Bagi Kit Siang, Umno dan BN kini berada pada tahap paling lemah dalam sejarahnya. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpul sokongan orang ramai lantaran dibebani skandal kewangan, selain perpecahan dalaman Umno yang semakin menjadi-jadi.

“Di saat dan ketika inilah kebijaksanaan serta wawasan almarhum Tok Guru Nik Aziz benar-benar dirindukan,” katanya.

Sekiranya mantan Menteri Besar Kelantan itu masih hidup, kata Kit Siang, bekas Menteri Besar Kelantan itu tentu akan memastikan PAS meneruskan agenda PAS Untuk Semua serta menolak sebarang usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama (UG) Umno.

“Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat serta para penyokongnya pasti tidak akan melupakan kritikan pedas almarhum Nik Aziz pada Jun 2009.

“Ketika itu beliau secara terbuka memberitahu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa untuk meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekiranya beliau terus berdegil dengan agenda UG,” katanya.