BERPENAMPILAN cukup sederhana. Malah apa dipakai sajak
dengan kerja yang dilakukan sebagai seorang peniaga di gerai makanan di
tepi Jalan Batu 1, Jalan Lama Port Dickson.
Gerainya akan bergegar setiap kali treler lalu, bumbungnya akan terangkat jika ribut melanda, tetapi tidak mematahkan semangat pemiliknya untuk terus menjalankan perniagaan di kawasan terletak berhadapan laut.
Ramah dan mudah mesra dengan orang ramai, itulah perwatakan yang ditonjolkan Ramlah Ahmad, 57, atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Ram dalam kalangan pelanggan kedainya.
Menurut Kak Ram, jika hendak berniaga bukan sahaja perlu memastikan keenakan masakan dan menjaga kualitinya malah sikap ramah dan bertolak ansur dengan pelanggan juga harus diamalkan.
“Barulah kita selesa nak berniaga dan muamalah dengan pelanggan. Sudah 21 tahun saya berniaga di sini dan sepanjang tempoh ini banyak perkara yang dilalui boleh dijadikan pengajaran dan sempadan hidup,” katanya.
Kak Ram yang juga seorang ibu tunggal sejak enam tahun lalu berkata, memandangkan gerainya kecil pelanggan juga tidak terlalu ramai membolehkan dia mengisi masa dengan membaca akhbar sementara menunggu pelanggan
“Adat berniaga kecil-kecilan, pelanggan yang datang bukannya bertali arus. Kadang-kadang masa duduk menunggu pelanggan lagi panjang berbanding masa melayan dan menyiapkan order pelanggan.
“Tapi saya tidak kisah, sebab berniaga dah jadi darah daging, kalau tak buka kedai, rasa tak selesa,” katanya yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak empat tahun lalu.
Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dahulu dia memulakan perniagaan dengan hanya menjual pisang goreng sebelum beralih arah menjual hidangan sarapan pagi dan tengahari.
“Saya tak jual pisang goreng kerana sudah berusia, tidak larat nak buat banyak kerja sebab saya bekerja seorang dan tiada pembantu. Cuma sekali-sekala anak menantu menolong.
“Selepas bangun jam 5 pagi, saya masak hidangan sebelum membuka gerai dari jam 8 pagi dan 4 petang kecuali hujung minggu kerana kurang pelanggan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan