Rabu, 13 Mei 2015

Kedutaan kenalpasti rakyat Malaysia terlibat gempa bumi terbaru di Nepal

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi terkini yang melanda Nepal, semalam. 
 
Kementerian Luar dalam kenyataan berkata gempa bumi 7.3 pada skala Richter itu menggegarkan Nepal pada kira-kira jam 12.35 tengah hari waktu tempatan (3.05 petang waktu Malaysia). 
 
"Kementerian akan terus memantau keadaan. Kami ingin menegaskan bahawa adalah penting bagi semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat negara itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu. 
 
"Ini akan membantu Kedutaan menyediakan bantuan konsular yang diperlukan kepada rakyat Malaysia di luar negara," kata kenyataan itu. 
 
Gempa bumi hari ini berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda Nepal pada 25 April.


Tiada ulasan: