Khamis, 14 Mei 2015

Jawatan Ketua Pembangkang: DAP tidak berguna

 
Pengerusi MCA Gelang Patah berkata DAP bukan sahaja gagal menghalang Pas daripada terus melaksanakan undang-undang hudud tetapi sanggup menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang.


Jason-Teoh-Sew-Hock_600


PETALING JAYA: Keputusan DAP memberi jawatan Ketua Pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diselar.

Pengerusi MCA Gelang Patah, Jason Teoh Sew Teoh Sew Hock menyifatkan parti itu sebagai tidak berguna.

Katanya, DAP bukan sahaja gagal menghalang Pas daripada terus melaksanakan undang-undang hudud tetapi sanggup menyerahkan jawatan itu.

“DAP mungkin sudah lupa bahawa mereka mempunyai jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 37 berbanding PKR 29 dan Pas 21 di Dewan Rakyat.

“Malah Penasihat mereka Lim Kit Siang merupakan individu paling lama dalam kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan beliau juga pernah menjadi ketua pembangkang sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dia yang juga Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Persekutuan itu turut berkata, dengan penyerahan kerusi kepada PKR bukti parti itu menunjukkannya tidak lagi dihormati dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, bagi mengembalikan semula maruah, DAP sepatutnya bekerjasama dengan PKR mengutuk tindakan Pas yang akan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Hudud di Parlimen.

Tiada ulasan: