Khamis, 14 Mei 2015

Hidup mewah pegawai menteri jadi perhatian

MALAYSIAKINI


 


Susulan operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, seorang pemimpin Umno bahagian mahu suruhanjaya itu menyiasat juga pembantu-pembantu kepada menteri parti itu.

Enggan namanya disebut, beliau memberitahu Malaysiakini terdapat setengah setiausaha politik dan setiausaha akhbar hidup melebihi kemampuan.

“Mana mereka dapat pendapatan untuk hidup mewah macam itu. Apa punca pendapatan lain mereka,” katanya sambil membangkitkan soal habuan selepas menyusun pertemuan pihak tertentu dengan majikan mereka.

“Mereka ada rumah besar, yang saya rasa mereka tak mampu beli dengan gaji diterima.”

Beliau malah menamakan beberapa pihak yang disyaki.

Sumber itu juga berkata pihak itu termasuk setiausaha-setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Mereka ini menghancurkan Umno,” katanya lagi yang juga menuntut pengisytiharan terbuka aset kumpulan itu.

Sebelum ini, SPRM pernah mendakwa Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan kedua Mohamed Nor Yakcop, atas tuduhan pengubahan wang haram.

Semalam, SPRM mengumumkan memberikan akaun RM4 juta seorang menteri muda Sarawak susulan siasatan kes rasuah bangunan kerajaan.


Tiada ulasan: