Rabu, 20 Mei 2015

Filem 'komunis' diharam sebab pesong sejarah

MALAYSIAKINI


 


Filem Cina tempatan The New Village diharamkan dua tahun lalu kerana didakwa mempunyai mesej tersembunyi yang memesongkan sejarah dan tanggapan masyarakat dengan mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata terdapat aduan bahawa filem itu memaparkan kekejaman British tetapi dalam masa yang sama memaparkan kebaikan PKM terhadap penduduk.

Perkara itu, kata KDN, mendorong kerajaan mengharamkan filem itu pada 2013.

Kementerian menjelaskan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang mahu alasan sebenar di sebalik filem itu.

Pemimpin pembangkang negeri itu juga mahu tahu sama ada kerajaan merancang meminda Akta Penapisan Filem 1971.


Tiada ulasan: