Isnin, 18 Mei 2015

Ahli Parlimen Bakri diancam bunuh gara-gara bantu penduduk

erteckhwa

Roketkini.com


BAKRI: Gara-gara membantu seorang penduduk di kawasannya, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki.

Suspek dilaporkan menceroboh ke pejabat beliau kira-kira jam 11.15 pagi semalam. Risaukan keselamatan diri, beliau segera membuat laporan polis.

“Lelaki Cina itu telah menceroboh pejabat saya dan ugut untuk datangkan kecederaan dan ingin membunuh saya sambil menggunakan kata-kata kesat terhadap saya,” lapor beliau kepada polis.

Difahamkan, lelaki tersebut mengugut Teck Hwa kerana beliau sering membantu seorang lagi mangsa gangguan lelaki itu.

Sebelum ini, laporan polis dibuat terhadap suspek ekoran perbuatan mengganggu mangsa. Er Teck
Hwa dalam laporan polisnya menggesa polis menyiasat suspek yang disyaki mengambil dadah.

“Saya harap polis menyiasat kes ini dan ambil tindakan. Keselamatan pihak saya, keluarga dan pembantu saya terancam,” tambahnya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: