Khamis, 9 April 2015

Wakil DAP teraju PAC Selangor

 
Perlantikan Sue Lim sebagai Pemangku Pengerusi PAC sah sehingga jawatan tersebut diterima kembali oleh ADUN pembangkang. 


pac



SHAH ALAM: Kekosongan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) negeri Selangor diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Sue Lim.

Wakil DAP itu dipilih bagi mengisi kekosongan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Shamsuddin Mohd Lias meletak jawatan.

Pengumumannya dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Hannah Yeoh dan ia berkuat kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan akan disandangnya sehingga ia diterima semula wakil pembangkang.

Mengulas tanggungjawab baru yang diamanahkan, Sue Lim berjanji akan meneruskan urusan PAC yang telah lama tergendala.

“PAC tidak mengadakan mesyuarat selama lima bulan dan ia menyebabkan banyak isu pengurusan negeri tertangguh termasuk kedudukan kewangan negeri, tunggakan cukai dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan DUN.

Sehubungan itu, dia akan mengadakan mesyuarat PAC pertama pada 15 April nanti bagi membincangkan pelbagai isu semasa termasuk teguran yang dibuat pihak Audit Negara terhadap Yayasan Selangor.

Tiada ulasan: