Jumaat, 24 April 2015

PM, isteri berjaya ketepi saman balu PI Bala

MALAYSIAKINI



 
 
 
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya berjaya mengetepikan saman RM1.9 juta selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan A Santamil Selvi, yang bertindak bagi pihak penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam.

Mahkamah itu sebulat suara memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh peguam Santamil  Americk Sidhu, sebagai cacat.

Mahkamah juga membenarkan permohonan adik Najib, Johari and Nazim, bersama peguam kanan  Cecil Abraham dan anaknya  Sunil Abraham, peguam M Arunampalam dan Pesuruhjaya Sumpah  Zainal Abidin Muhayat, untuk mengetepikan notis rayuan itu.

Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh juga mengarahkan Santamil membayar RM5,000 sebagai kos untuk setiap mereka.

Bagaimanapun, saman terhadap ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian diteruskan seperti bias selepas dia tidak memfailkan permohonan untuk menolaknya.

Hakim lain dalam panel itu ialah Abdul Rahman Sebli dan Zamani A Rahim. 
 
 

Tiada ulasan: