Sabtu, 11 April 2015

Pendaki hilang: Lokasi akhir dikesan

 
SAR positif dalam meneruskan pencarian pendaki, Dennis Lee selepas koordinat panggilan telefon terakhirnya dikesan.


Dennis Lee Thian Poh,



PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) dilaporkan telah berjaya mengesan kedudukan terakhir pendaki amatur Malaysia yang hilang di Nepal.

Koordinat atau lokasi terakhir pendaki itu, Dennis Lee Thian Poh Lee, 47, dikesan berdasarkan panggilan telefon terakhir yang dibuatnya pada Ahad lalu.

Kaunselor/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata, panggilan terakhir itu akan membantu SAR mengecilkan kawasan pencarian.

“Kami amat positif dan menaruh harapan tinggi malah semua pasukan mencari meneruskan usaha pagi ini,” kata Fadli, lapor Bernama.

Dennis Lee dilaporkan hilang semasa merentasi laluan Pokhara-Mustang di barat Nepal pada Ahad lepas selepas menyertai lapan kenalan dari Filipina untuk mendaki gunung Annapurna di Nepal.

Pasukan 15 anggota polis Nepal mengetuai operasi SAR untuk mengesan Dennis Lee dengan bantuan penduduk kampung dan tiga ekor anjing pengesan sejak dilaporkan hilang.

Anggota kumpulan hanya menyedari kehilangan dia di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad lepas, hari pertama pendakian.

Tiada ulasan: