Ahad, 12 April 2015

Pemilihan: 7 lagi PAS kawasan tolak Mat Sabu

MALAYSIAKINI


 


Tujuh lagi PAS kawasan menolak Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan mereka

Lebih mengejutkan PAS Batu Kawan tidak mencalonkan Mohamad selaku pesuruhjaya Pulau Pinang bertanding dalam jawatan tertinggi itu, lapor akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Akhbar itu juga melaporkan PAS kawasan Jerlun, Merbok dan Hulu Terengganu mencalonkan Tuan Ibrahim selaku naib presiden PAS kini, untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala akhbar BH Ahad pula melaporkan PAS Lenggong turut mencalonkan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang bertanding jawatan timbalan presiden.

Terbaru Bernama lewat petang ini melaporkan PAS Kuala Langat dan Sabak Bernam turut mencalonkan bekas pensyarah itu sebagai timbalan presiden PAS.

Ketujuh-tujuh kawasan itu mencalonkan supaya beliau digandingkan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, dalam akhbar Berita Harian edisi hujung minggu itu menyebut, PAS Jelebu mencalonkan bekas naib presiden, Ahmad Awang bagi jawatan presiden, manakala Mohamad sebagai calon timbalan presiden.

Manakala PAS Tanjong Piai pula mencalonkan Naib Presiden, Datuk Husam Musa sebagai presiden untuk berganding dengan Mohamad sebagai timbalannya.

Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung di Kuala Selangor pada 2 hingga 6 Jun. Sebanyak 191 kawasan yang akan memilih pucuk pimpinan parti. 


Tiada ulasan: