Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
 
 
 
SHAH ALAM - Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 13 April ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, oleh itu, semua berkaitan mengenai calon, dan gerak kerja Pas akan diputuskan pada tarikh tersebut.

“Segalanya akan diputuskan pada tarikh tersebut,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, laporan media menyebut Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding dalam PRK Parlimen Rompin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Jamaluddin mengalahkan calon Pas, Nuridah Salleh dengan 15,114 undi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada Sabtu lepas.