Isnin, 13 April 2015

Mustafa Ali yakin MP Umno sokong hudud


Mustafa Ali Mustafa Ali
 
 
 
BUKIT CHANDAN - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yakin Parlimen akan meluluskan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 yang dibentangkan pada sidang akan datang.
 
Jika rang undang-undang itu diluluskan, hasrat kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang hudud, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2015 dapat direalisasikan.
 
Mustafa yakin ahli parlimen BN daripada Umno akan menyokong usul tersebut kerana sebagai orang Islam, mereka tidak boleh menolak ruang untuk hudud dilaksanakan.
 
“Kalau kita dapat majoriti mudah, ini (hudud) boleh dilaksanakan. Isu ini telah lama sebenarnya tetapi tertangguh. Kenapa ia tertangguh lama? Sebab dulu tak dapat sokongan.
 
 

Tiada ulasan: