Isnin, 27 April 2015

Muhyiddin sindir Wan Azizah

 
Muhyiddin mempersoalkan keupayaan Wan Azizah untuk berlaku adil kepada pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh kerana pada masa beliau menjadi ADUN Kajang.


sindir azizah


PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sekali lagi bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Beliau mempersoalkan keupayaan Dr Wan Azizah untuk berlaku adil kepada penggundi di Permatang Pauh sekiranya dipilih kerana pada masa sama menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kajang.

Katanya, faktor itu amat berbeza dengan calon BN, Suhaimi Sabudin yang sentiasa berada di kawasan berkenaan

“Saya percaya Suhaimi akan berada di kawasan ini sepanjang masa dia tidak akan pergi ke negeri lain, (cuma) saya curiga kalau ada calon lain dipilih tidak ada masa untuk membela rakyat.

“Macam calon kita yang bertanding hari ini ada juga kawasan di Kajang bagaimana nak jaga Kajang nak jaga Permatang Pauh, saya sukar percaya untuk beliau berlaku adil dari segi pembahagian masa,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menggunakan pendekatan lama untuk menarik hati pengundi di kawasan ini dengan menjanjikan pembangunan lebih baik jika BN menang.

“Sejak sekian lama kawasan ini di bawah PKR, kawasan ini tidak mendapat perhatian, malah penduduk kawasan ini dahagakan pembangunan, bagi peluang kepada BN untuk menjadi wakil disini kita akan jadikan Permatang Pauh kawasan angkat” katanya.

Berhubung dengan serangan yang akan dibuat pihak pembangkang mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepanjang berkempen, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kerana BN akan cuba untuk memberi penerangan secara menyeluruh.

Tiada ulasan: