PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) menafikan salah satu
penerbangannya ke London nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airways
di ruang udara Pakistan, Ahad lalu.
Seorang jurucakap MAS berkata, syarikat itu mengelak daripada
menggunakan ruang udara Pakistan kerana risiko terhadap keselamatan
operasi penerbangan, susulan daripada Buletin Maklumat Keselamatan (SIB)
yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA)
tahun ini.
Menurut beberapa laporan berita, sebuah pesawat Kuwait Airways dalam
penerbangannya ke Islamabad, Pakistan nyaris bertembung dengan pesawat
MAS yang menuju ke London.
Dilaporkan, pihak berkuasa penerbangan awam Paskitan berkata, insiden
itu berlaku di daerah Zhob di Baluchistan, barat daya Pakistan
disebabkan oleh isyarat radar kawalan trafik udara yang lemah.
MAS menuntut media berkenaan supaya menarik balik laporan tersebut dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.
"Penerbangan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyiarkan dakwaan tidak
berasas sehingga menjejaskan reputasi syarikat penerbangan ini," kata
jurucakap itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan