Jumaat, 24 April 2015

Lebih baik Ahmad Maslan zip mulut

 
Kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan dan Hassan Malek mengenai GST boleh membuatkan 'perut memulas' dan lebih baik dua menteri itu menutup mulut.


malik zip mulut



PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan terus menerima kritikan hebat kerana beberapa kenyataan kontroversinya berhubung rasional kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Terbaru, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh yang menasihatkan Timbalan Menteri Kewangan itu supaya ‘zip’ mulut daripada membuat sebarang kenyataan.

Turut dikritik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu berkata, kenyataan kedua-dua menteri itu adakalanya merimaskan rimas dan boleh membuatkan perut memulas (sakit perut).

“Ahmad Maslan dan Hasan Malek pula tak habis-habis mengulas (GST). Bila depa (mereka) mengulas , kita naik lemas. Perut rasa memulas. Ada ketikanya lebih baik zipp mulut,” tulisnya di Facebook.

Hashim turut mengkritik kempen GST di televisyen yang menggunakan pelakon Abu Bakar Omar.

Katanya, kempen seperti itu tidak perlu diadakan kerana GST dilaksanakan atas persetujuan kerajaan.
“Pada saya laa yang tak berapa pandai ini untuk GST tak payah nak kempen-kempen. Sudah kerajaan putuskan begitu, laksanakan saja .

“Ini siap dengan teaser Abu Bakar Omar yang duduk puji GST lagi kat televisyen. Puak-puak UMNO pula siap angkat sepanduk sokong GST lagi,” tulisnya.

Hashim pernah mencetuskan kontroversi dan mengugut untuk keluar UMNO dan menyertai pembangkang kerana tidak puas hati dengan pelbagai isu termasuk pelantikan Menteri Besar Perlis.

Beliau merupakan penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tiada ulasan: