Khamis, 9 April 2015

K'jaan terkejut dengan RUU pindaan

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ada di antara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar berkata beberapa rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan minggu ini tidak seperti yang dijangkan oleh kementeriannya.

Ditanya mengenai pindaan kontroversi ke atas Akta Hasutan, Wan Junaidi berkata ada di antara rang undang-undang itu dibentangkan sebelum kementerian dapat melihatnya terlebih dahulu.

Katanya, kementerian biasanya akan menyerahkan konsep undang-undang dan sasaran mereka kepada Pejabat Peguam Negara.

“Tetapi kadang-kadang kita tidak sempat lihat rang undang-undang yang sudah siap kerana KDN adalah kementerian yang besar dan AG uga sangat sibuk.

“Kemudian, kita dapati perkara yang kita inginkan tidak dimasukkan, atau ada perkara lain yang mereka masukkan,” katanya.

Tambahnya, Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyentuh mengenai pindaan itu dalam ucapan penggulungannya, Khamis.

Kerajaan setakat ini membentangkan pindaan ke atas Akta Hasutan dengan memperkenalkan peruntukan baru yang membatalkan jaminan selepas penahanan dan juga hukuman penjara maksimum 20 tahun untuk kesalahan melakukan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Rang undang-undang ini dijangka akan diluluskan semasa sidang parlimen semasa, yang akan berakhir esok.
 
 

Tiada ulasan: