Khamis, 9 April 2015

Kenaikan Harga Barang Naik 20%-30% Bermula 1 April 2015 Pelaksanaan Cukai GST Malaysia 6%. Survey Anda Pula?


harga barang naik



Kenaikan Harga Barang Naik 20%-30% Bermula 1 April 2015 Pelaksanaan Cukai GST Malaysia 6%. Survey Anda Pula? : Nampaknya kerisauan rakyat Malaysia dengan gelombang kenaikan harga barang naik melonjak tinggi bermula 1 April 2015 ada asasnya. Jikalau di negara lain, pelaksanaan GST di negara seperti Australia dan Singapura kenaikan harga barang naik pasti akan berlaku, cuma kenaikan harga barang itu berbeza-beza.


Jikalau sebelum ini rakyat Malaysia dilihat berpusu-pusu ke mana-mana pusat-pusat membeli belah memborong seberapa banyak barang dengan harapan dapat menjimatkan seberapa banyak perbelanjaan mereka sebelum menjelangnya pelaksanaan GST 1 April 2015.

kenaikan harga barang naik 

Nah…berita terkini yang Berita Semasa terima adalah FOMCA telah mengesahkan kenaikan harga barang naik bagi kebanyakan produk dan barang telah naik antara 20% sehingga antara 30% banyaknya selepas sahaja “perasmian” pelaksanaan GST yang bermula 1 April 2015 selepas perbandingan yang dibuat oleh FOMCA merujuk kepada buku rujukan dan Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan sendiri oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan )

Jikalau merujuk kata jurucakap nombor GST di Malaysia Ahmad Maslan, situasi kenaikan harga barang naik di Malaysia hari ini jauh berbeza apa yang pernah diucapkan Ahmad Maslan dahulu iaitu :

Kenaikan Harga Barang naik (FOMCA) VS Harga Barang Turun (Ahmad Maslan) Selepas GST?

Sementara itu, menurut Datuk Ahmad Maslan, pelaksanaan sistem cukai GST akan menurunkan harga barangan susulan penurunan cukai dari 10 kepada 6 peratus.
Beliau sekaligus menolak dakwaan pihak tertentu, bahawa perlaksanaan GST akan menaikkan harga barang dan meningkatkan kadar cukai.
Bagaimana pula survey dan pemerhatian anda setelah berbelanja selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015? Adakah harga barang turun sepertimana yang diucapkan oeh Ahmad Maslan sekaligus perbelanjaan boleh guna anda semakin bertambah?


1 ulasan:

Sabina45 berkata...

Cukai GST ini memang cukai cekik leher rakyat apa ke tidaknya sebagai contoh dulu cukai jualan 10% harga barang katakanlah Rm200.00 cukai jualan sudah berada dalam harga barang tersebut kini cukai GST 6% dan cukai jualan telah dimansuhkan sepatunya harga jualan barang tersebut akan berkurangan 4% jika ditolak dari 10% tadi tapi sebaliknya berlaku harga jualan tetap juga Rm200.00 dan ditambah lagi Rm6.00 cukai GST dimanakah lojiknya harga jualan yang dikatakan turun itu,jika dikirakan sebenarnya harga selapas cukai GST dikenakan penurunnan harga kereta itu betul sebabnya harga sebenar kereta telah dikurangkan sebanyak 4% dari harga semasa cukai jualan sebelum ini maka itu kerajaan hari telah mencekik cukai secara tidak betul dimanakah lojiknya yang dikatakan harga barangan itu turun tidak hairanlah jika Mydin telah buat kenyataan yang semua rakyat diperbodohkan.