Ahad, 19 April 2015

Kelantan ke mahkamah untuk cantas usaha halang hudud

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Kota Bharu akan mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan untuk melarang parti Gerakan daripada memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan  cadangan  pelaksanaan hudud di negeri itu.
 
Parti komponen Barisan Nasional (BN) mahu Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Kanun Jenayah Syariah Kelantan bersabit hudud yang di pinda bulan lalu sebagai melanggar perlembagaan negara.
 
Peguam Gerakan Andy Yong berkata Penasihat Undang-Undang Kelantan memberi notis kepada pihaknya bahawa pihaknya membantah usaha Gerakan merujuk isu itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa melalui Mahkamah Tinggi Kota Bahru.
 
"Mereka (pihak kerajaan negeri) mendakwa permohonan kami harus dibatalkan kerana ia adalah salah dan dianggap satu pembaziran masa dan proses mahkamah,” kata beliau.
 
Pada 25 Mac lalu, Gerakan menerusi tiga penduduk Kelantan menfailkan permohonan untuk mendapat pengisytiharan Mahkamah Persekutuan bahawa pelaksanaan hudud di Kelantan harus di batal kerana melanggar peruntukan perlembagaan.
 
Permohonan itu di failkan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini meluluskan RUU Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 ADUN termasuk 12 ADUN dari BN.
 
 

Tiada ulasan: