Jumaat, 17 April 2015

Kantin kotor, PM arah hospital k'jaan dipantau

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Kesihatan untuk memantau dengan rapi dan menjalankan pemeriksaan lebih kerap di hospital dan klinik kerajaan.

Sambil menarik perhatian kepada kes kantin yang kotor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini, Najib berkata ia tidak patut berlaku lagi.

"Tidak patut berlaku lagi. Kerap lakukan 'spot-check' ke atas perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan," kata beliau dalam catatan terbaru dalam laman Facebook dan Twitternya, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata kementerian telah mengarahkan Pejabat Kesihatan Negeri dan Pengarah-Pengarah Hospital untuk memeriksa kantin, kafeteria dan dapur hospital dari semasa ke semasa untuk memastikan ia memenuhi keperluan standard kebersihan.

Dr Noor Hisham juga berkata unit kesihatan awam dalaman telah diarahkan untuk memantau dengan teliti dan menjalankan pemeriksaan kerap untuk memastikan kantin sekolah bersih dan memenuhi keperluan standard kebersihan.

Pada 14 April, media tempatan yang menyiarkan artikel bertajuk 'Kantin hospital kotor diarah ditutup', berkata kantin HTAR didapati kotor dan diarah ditutup. - Bernama


 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kantin kotor? Kotor disebabkan oleh tikus yang dijumpai oleh pegawai pemeriksa di "luar" premis ok....!!! Bukannya di dalam kantin laa....saje je pegawai tu carik point sebab mintak "payment jolok" tak dapat...aku kenal sangat pegawai india tu....fikir la sket....selama ni pun kantin kecemasan HTAR tu tak pernah pun ada aduan keracunan makanan laa....dah la nak harga murah...banyak lak komplen....mentang mentang la kontrak caterer yang ada tinggal 2 minggu je lagi...macam macam la carik pasal....carik point nak salahkan caterer....supaya caterer bersihkan semua, cat mana yang tak berkenan di mata, repair mana yang rosak supaya caterer baru nanti masuk cuci kaki je....ape....caterer baru dah abes duit ke nak repair semua tu??? Ke...duit dah banyak abes suap ke orang² atasan...??? Sampaikan nak simen longkang sikit tepi kantin pun tak mampu dah ke??? Mentang mentang la caterer baru ANAK SEDARA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR, tak perlu la gunakan kuasa untuk menindas orang orang kerdil seperti kami nie...
#adaotaklupikirlasendiri
#dosamasingmasingtanggung
.....kan???

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.