Rabu, 1 April 2015

GST Pastikan Sebahagian Besar 84 Peratus Syarikat & Pekerja Ingkar Bayar Cukai


Oleh: THE STAR

 
Pendandan rambut, Chan Tian Lee, 24, dan Lim Kim Pei, 27, menunjukkan kalkulator GST di kedai buku Popular di Komtar, Pulau Pinang. Foto LIM BENG TATT / The Star
 
 
PETALING JAYA: Kira-kira 84 peratus syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pekerja yang mempunyai pendapatan tidak membayar cukai berdasarkan sistem sebelum ini namun masalah itu berakhir dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu.

Dengan pengenalan sistem GST, pangkalan syarikat dan individu yang membayar cukai akan diperluaskan dan dapat mengesan mereka yang mengelak daripada bayaran cukai atau tidak mengisytiharkan pendapatannya yang sebenar.

Menurut pegawai Kementerian Kewangan, daripada sejumlah 13.2 pekerja pada 2012, hanya 2.2 juta atau kira-kira 17 peratus yang membayar cukai.

"Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kadarnya adalah 15 peratus. Tetapi bilangan itu semakin bertambah berikutan sistem bayar cukai semasa perolehan gaji," katanya.

Statistik menunjukkan rekod buruk buat syarikat yang berdaftar apabila hanya 15.6 peratus atau 159,000 daripada 1.02 juta syarikat berdaftar dengan SSM, membayar cukai.

Di bawah pelaksanaan GST, lebih banyak syarikat perlu membayar cukai kerana sistem itu memerlukan syarikat-syarikat mematuhinya dan perniagaan perlu mengikut sistem berkenaan.

Langkah baharu kerajaan dalam sistem percukaian itu sudah pun menunjukkan kesannya.

Difahamkan sebanyak 345,376 syarikat berdaftar dengan Jabatan Kastaam di bawah program GST, hampir 10 peratus daripadanya tidak pernah memfailkan bayaran cukai.

Ini bermakna kira-kira 30,000 atau lebih daripada syarikat-syarikat ini mempunyai pulangan pendapatan lebih RM500,000 yang tidak pernah membayar cukai selama ini.

GST menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kadarnya boleh meningkat sehingga 10 peratus, bergantung kepada rangkaian perniagaan dan jenis produk.

Bagaimanapun, di bawah GST, kadarnya ditetapkan kepada enam peratus dan ia akan dikenakan kepada setiap bahagian dalam proses pengeluaran.

Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, GST membolehkan jabatan itu mengukur saiz perniagaan dan ia berupaya mengurangkan bilangan premis yang tidak mengisytiharkan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, berdasarkan tuntutan caj elektrik dan cukai, pihak berkuasa dapat menentukan bilangan jam operasi perniagaan mereka. Ia adalah sistem cukai yang lebih cekap dan adil berbanding sebelum ini."

Beliau berkata, GST akan menyebabkan perniagaan lebih mematuhi dalam soal bayaran cukai dan lebih berdisiplin dalam menjalankan operasinya.

Tiada ulasan: