Jumaat, 10 April 2015

Forum Karpal Singh 2015: Akta Hasutan dan Hak Asasi Manusia, 18 April di Pulau Pinang

forum-karpal-singh

 Roketkini.com


GEORGE TOWN: Walaupun mendapat bantahan hebat dari pimpinan Pakatan Rakyat, sehingga memaksa perbahasan berlanjutan sehingga awal pagi, namun akhirnya Rang Undang-Undang Akta Hasutan 2015 (Pindaan) akhirnya telah diluluskan juga.

Tindakan itu mengundang kritikan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zeid Ra’ad Al Hussein, dan beliau menggesa kerajaan UMNO-BN menarik balik cadangan pindaan Akta Hasutan.

Zeid turut memberi amaran bahawa ia akan menjejaskan kebebasan bersuara serta menyatakan pendapat di Malaysia.

Dalam pada itu ada sebilangan pihak yang menyatakan, jika ‘Harimau Jelutong’ masih ada dalam perdebatan panjang pindaan tersebut, ia pasti akan menjadi bertambah menarik.

Lanjutan dari kelulusan akta zalim itu, Majlis Peguam Pulau Pinang dengan sokongan Penang Institute dan kerajaan negeri akan menganjurkan sebuah ‘Forum Karpal Singh 2015: Akta Hasutan dan Hak Asasi Manusia di Malaysia’.

Forum tersebut akan diadakan pada 18 April 2015 (Sabtu) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari bertempat di Dewan Sri Pinang, George Town.

Antara barisan panelis adalah terdiri dari peguam pemerhati Law Asia dalam kes Akta Hasutan Karpal iaitu Mark Trowell QC, anggota Pengasas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Datuk Mahadev Shanker, Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, peguam bela hak asasi terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan akan dimudahcara oleh bekas Presiden Majlis Peguam Christopher Leong.

Acara juga akan dimulakan oleh ucaptama dari Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam Pulau Pinang Shyama Nair dan ucapan dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Orang ramai yang berminat untuk hadir boleh mendaftarkan diri di pautan ini.

Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 14 April ini. – Roketkini.com


Tiada ulasan: