(Dari
kiri) Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa, Pengarah Strategi
PKR, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan ketika
pelancaran Kempen #BantahGST di tol Damansara, hari ini. – Foto Sinar
Harian oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
PETALING JAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di
Parlimen Permatang Pauh dan Rompin Mei ini, dilihat akan memberi ruang
kepada rakyat memberi isyarat mereka kepada kerajaan khususnya dalam isu
cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, pertemuan antara PR dan BN
akan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan bijak dan
menilai keberkesanan kepimpinan kedua gabungan tersebut.
“Dengan adanya isu-isu seperti GST dan 1MDB, ia secara tidak langsung
dapat membuka mata dan membantu rakyat dalam menentukan pemimpin yang
paling layak duduk di kerusi Permatang Pauh dan Rompin.
“Ini adalah ‘signal’ kepada kerajaan mengenai keberkesanan mereka dalam
mengurus tadbir negara dan rakyat. Adakah mereka benar-benar memberi
manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada Program Pelancaran
Kempen #BantahGST dan pengagihan pelekat kereta, hari ini.
Bercakap mengenai cabaran di kedua PRK Parlimen tersebut beliau
berkata, PKR sudah bersiap sedia mengatur jentera untuk menawan
Permatang Pauh dan Rompin.
“Kami tidak risau, kami yakin dengan kekuatan jentera yang ada, dan
dengan strategi yang kukuh serta bantuan dari semua pihak, PR mampu
menang dalam kedua PRK,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan