MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi
menunjukkan prestasi lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun
mempunyai masalah berkaitan tidur.
Mahathir, perdana menteri keempat, berkata Abdullah walaupun begitu
memastikan BN mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.
Sedangkan, kata Mahathir lagi, BN bawah pentadbiran Najib pula hanya mendapat 133 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.
Menurut rakaman wawancara disiarkan Perak Today, Mahathir juga berkata prestasi lebih buruk berlaku walaupun kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Mahathir membangkitkan terdapat masyarakat Cina memberitahunya bahawa
tindakan itu rasuah kerana diberikan ketika hampir pilihan raya.
Beliau yang memainkan peranan aktif memastikan kejatuhan Abdullah kini
beralih arah kepada Najib selepas memberi amaran BN akan kalah dalam
pilihan raya dengan pentadbiran sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan