Isnin, 13 April 2015

11 Cedera Nahas Letupan Rumah Flat di Sibu

RAKYATNEWS


 


SIBU  - Sebelas penduduk dilaporkan cedera dan ada yang melecur dalam satu kejadian letupan di flat HDC Terrace Garden, Sibu Jaya awal pagi ini.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalib Rashid, letupan berlaku sekitar pukul 2.48 pagi tadi.

Ia dipercayai berlaku di salah sebuah rumah di tingkat bawah flat berkenaan yang juga dikatakan merupakan sebuah kedai runcit.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan tiga unit kediaman lain di flat empat tingkat itu mengalami kerosakan teruk. Flat itu mempunyai 40 unit kediaman.

Anggota bomba telah diarahkan untuk mengawal dan mengeluarkan semua penduduk dari kediaman mereka selain mengenal pasti semua penduduk di flat berkenaan.

Ia bagi memastikan tiada mangsa yang tertimbus akibat runtuhan tersebut

Pasukan bomba kini masih mencari bahan bukti dan punca berlakunya letupan itu selain berusaha untuk  mengenal pasti jenis bahan letupan yang terlibat.

Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.


Tiada ulasan: