Khamis, 26 Mac 2015

'Tolak hudud sebahagian sikap Islamophobia'

MALAYSIAKINI


 


Timbalan ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata penentangan ke atas hudud merupakan salah satu daripada sikap Islamophobia.

Beliau yang juga anak kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap itu aneh kerana golongan yang menentang hudud dapat menerima hukuman mati di mahkamah sivil.

“Hududophobia ialah sebahagian daripada Islamophobia yang melanda masyarakat dunia hari ini.

“Ada yang mengecam Hudud dengan alasan ianya adalah undang-undang kejam dan melanggar hak asasi manusia.

“Peliknya mereka boleh menerima pula hukuman mati di atas kerusi elektrik dan gantung sampai mati,” katanya dalam satu kenyataan.

Muuhammad Khalil juga membayangkan bahawa PAS tetapi akan mendapat sokongan dengan melaksanakan hudud.

“Ada yang mempertikaikan isu hudud tidak perlu diberikan keutamaan kerana khuatir pengundi tak akan memberikan undi kepada PAS dalam pilihanraya nanti.

“Akan tetapi peningkatan keahlian PAS mutakhir ini sehingga sudah menjangkau 1 juta ahli menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia menghormati PAS,” katanya.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan ketegasan PAS dalam prinsip Islam dan sikap hormat kepada kedudukan orang bukan Islam.


Tiada ulasan: