Isnin, 9 Mac 2015

Tiga kredit boleh masuk Universiti

 
Ia memberi peluang kepada kumpulan sasaran tersebut meneruskan pendidikan tinggi.


Uitm building


PETALING JAYA: Biarpun dengan hanya tiga kredit dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sudah boleh diterima masuk menyambung pengajian di universiti awam terbesar negara.

Itu berita baik buat lebih 2000 belia yang kebanyakannya daripada keluarga kurang kemampuan memohon melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi program Jom Masuk UiTM.

Utusan Malaysia melaporkan, langkah tersebut diambil oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang mahu memberi peluang kepada kumpulan sasaran tersebut meneruskan pendidikan tinggi, seterus­nya dapat mengubah nasib keluarga yang terpaksa berdepan kos tinggi di bandar besar.

Menariknya, program turut mendapat perhatian warga Kuala Lumpur dan dari sejauh Miri, Sarawak.
“Kita berharap program sebegini dapat dikembangkan lebih jauh oleh semua UMNO bahagian di Selangor,” katanya semasa berucap merasmikan program tersebut di Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam.

Calon-calon yang berjaya mendapat tempat di UiTM menerusi program berkenaan akan menjalani kursus pradiploma sebelum ke peringkat diploma.

Azhari menambah, pihaknya sentiasa komited menganjurkan program pendidikan untuk anak-anak warga bandar raya ini seperti tuisyen percuma menjelang peperiksaan SPM pada tahun lalu.

UiTM ialah universiti ke-sembilan terbaik di Malaysia dan berada di tempat 700+ dalam senarai QS World University Rankings 2013/14.

Tiada ulasan: