Selasa, 24 Mac 2015

'Terus-terang jika mahu PAS keluar Pakatan'

MALAYSIAKINI


 


Anggota jawatankuasa PAS, Nik Abduh Nik Aziz berkata, DAP sepatutnya berterus-terang dalam menyatakan hasrat agar parti Islam itu keluar dari Pakatan Rakyat.

Katanya, DAP tidak sepatutnya hanya memutuskan kerjasama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana presidennya itu sememangnya mewakili PAS dalam Pakatan.

“DAP tak boleh tertumpu pada individu sedangkan Tuan Guru Haji Hadi adalah presiden PAS dan mewakili PAS dalam Pakatan,” katanya.

Beliau juga melihat pengumuman DAP untuk memutuskan kerjasama dengan presidennya itu sebagai “kalam berlapik” untuk memberi tekanan dalam PAS dan Pakatan untuk menyingkirkan Hadi.

“Apa yang saya faham, ia mahu menekan PAS, mencampuri urusan dalaman supaya menolak (Hadi). Walau bagaimanapun, saya mahu DAP (nyatakan) secara jelas.

“Ia bukan soal individu, tapi ini soal dasar... bukan soal Hadi tinggalkan Pakatan.

“Soalnya, (DAP) perlu minta PAS tinggalkan Pakatan, jangan (cakap) berlapik,” katanya lagi.


Tiada ulasan: