Khamis, 26 Mac 2015

Tak benar harga rokok RM17 lepas GST

MALAYSIAKINI


 


British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan dakwaan harga rokoknya naik sehingga kepada RM17.50 sekotak selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimulakan minggu depan.

“Setelah semakan semula, BAT Malaysia ingin tegaskan bahawa senarai harga ini adalah palsu dan kami akan membuat laporan polis berhubung perkara ini,” menurut kenyataan syarikat gergasi rokok itu semalam.

Senarai palsu di Internet itu antaranya mendakwa beberapa jenama popular rokok naik harga sebanyak RM2.50 sekotak kepada RM14 hingga RM17.50 sekotak mengikut jenama.

Harga rokok terkini antara RM12 hingga RM14 bagi 20 batang selepas kali terakhir dinaikkan November tahun lalu.

BAT, pengeluar jenama popular Dunhill, itu turut menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan senarai harga palsu itu. 


Tiada ulasan: