Ahad, 8 Mac 2015

Siapa ganti Anwar di Parlimen?

 OLEH EILEEN ENG


Persoalan siapa yang bakal dilantik menjadi pemangku Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tanda tanya sementara menunggu rayuan pengampunan beliau daripada Yang di-Pertuan Agong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2015.Persoalan siapa yang bakal dilantik menjadi pemangku Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tanda tanya sementara menunggu rayuan pengampunan beliau daripada Yang di-Pertuan Agong. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Sidang Dewan Rakyat pertama pada 2015 menyaksikan ketiadaan ketua pembangkang, perkara tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, susulan keputusan Jabatan Penjara ‎tidak meluluskan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, tempoh pemilihan jawatan ketua pembangkang yang terganggu separuh jalan akan digantikan secepat mungkin oleh rakan mereka.

Datuk James Wong daripada ‎Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) merupakan ketua pembangkang pada Ogos 1974, akan tetapi dua bulan kemudian beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tempoh beberapa tahun.

‎Beliau digantikan rakan partinya Edmund Langgu Saga sehingga Snap menyertai gabungan pemerintah Barisan Nasional pada 1976. ‎Insiden sama berlaku kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, ketua pembangkang paling lama dalam sejarah Malaysia (1975-1999) yang ditahan di bawah ISA selama 18 bulan semasa Operasi Lalang 1987.

‎Pada ketika itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang Tan Sri Lee Lam Thye mengambil peranan sebagai pemangku ketua pembangkang sementara pemangku ketua digalas Sim Kwang Yang, juga daripada DAP.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagaimanapun keluarganya memfailkan petisyen pengampunan kepada Yang Dipertuan Agong.

Sementara menunggu keputusan petisyen, Anwar masih lagi merupakan ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

‎Dengan Anwar dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen membangkitkan persoalan siapakah yang akan dilantik menjadi pemangku ketua pembangkang sementara menunggu rayuan pengampunan daripada Agong.

"Kita seharusnya bertemu pada Jumaat akan tetapi (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) meninggal dunia," kata Lim merujuk kepada kematian mursyidul am PAS pada 12 Februari lalu.

Tiada ulasan: