Sabtu, 7 Mac 2015

Salah guna dana RM500 ribu, BTN perlu disiasat

 
Laporan ini langsung tidak bersifat peribadi, malah ia hanya untuk menyelamat satu agensi kerajaan daripada rosak akibat daripada penyelewengan pengurusan.


nadirakyatbtn


PETALING JAYA: Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat penyelewengan yang dibuat pihak pengurusan Biro Tatanegara Negara (BTN) berhubung penggunaan dana RM500 ribu dari akaun ke lima Perdana Menteri.

Presidennya, Mohamad Rafi Awang Kecik mendakwa dana tersebut telah disalurkan kepada Kem Bina Negara Meru sedangkan kem tersebut telah ditukar milik kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) IM4U dan segala pengurusan bukannya di bawah tanggungjawab pihak BTN lagi.

“Kem BTN Meru diserah kepada NGO IM4U, tetapi urusan penyelenggaraan masih dibuat oleh BTN. Urusan baik pulih menggunakan wang dari akaun lima Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Katanya, pihak BTN juga turut menyalah guna urusan pemilihan kontraktor untuk mengurus kes tersebut sebelum ini iaitu dengan tidak melakukan sebarang tender.

“Sepatutnya apabila projek melebihi RM500 ribu ianya perlu dibuka untuk tender, tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Saya tidak tahu macam mana dia pilih,” jelasnya.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat kepada SPRM untuk menyiasat ketelusan pihak BTN mengurusakan dana kewangan Perdana Menteri.

“Laporan ini langsung tidak bersifat peribadi, malah ia hanya untuk menyelamat satu agensi kerajaan daripada rosak akibat daripada penyelewengan pengurusan. Malah saya juga mempunyai bukti yang cukup mengenai salah guna kuasa ini,” katanya.

Jelasnya, tindakan yang dibuat pihaknya juga adalah untuk memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak terlalu terpengaruh dengan nasihat dan pandangan orang di sekeliling beliau sebalinknya mendengar pandangan rakyat yang berusaha membantunya.

“Sikap baik Perdana Menteri dipergunakan oleh pegawai-pegawai yang mementingkan diri serta jawatan.

“Kita sedih dan bersimpati dengan nasib malang Najib yang diasak dari pelbagai sudut, bukan sahaja dari pihak pembangkang tetapi oleh agensi dan jabatan beliau sendiri,” akhirnya.

Tiada ulasan: