MALAYSIAKINI
Mengotakan kata-katanya, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya hari ini.
Ia menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping
mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham
Bhd.
Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.
Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.
Bagaimanapun, beliau juga dipercayai menyindir isteri perdana menteri
Rosmah Mansor dengan berkata perbelanjaan menggunting rambutnya cuma
RM10.
Rafizi mengambil langkah itu sebagai menyahut cabaran pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee.
Syed Ali, ketua Umno Cheras, membangkitkan gesaan itu selepas
pembangkang mengasak dalam itu kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
'Giliran PM bersihkan nama'
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata beliau membuat akuan
berkanun dengan perincian harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya.
Beliau juga memberikan latar belakang pendapatan dan kedudukan hartanya sebelum menjadi ahli politik dan wakil rakyat.
“Saya mengambil langkah ini untuk menyahut cabaran pemimpin Umno sebelum
ini supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta,” katanya.
Beliau juga berkata jika beliau yang tiada sebarang jawatan dalam
kerajaan boleh mengisytiharkan hartanya, perkara yang sama boleh
dilakukan oleh anggota kabinet dan perdana menteri.
“Saya menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kaedah ini
untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak
berpadanan dengan gaji,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan