Selasa, 17 Mac 2015

Polis bebaskan Nurul Izzah selepas beri keterangan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu Nurul Izzah Anwar bakal dibebaskan selepas pihak polis merekodkan kenyataannya berhubung pertuduhan di bawah Akta Hasutan. 
 
Katanya pihak polis akan merakamkan kenyataan Naib Presiden PKR itu pada pagi tadi, sebelum beliau dibebaskan. 
 
"Beliau tidak akan ditahan reman selepas itu. 
 
"Polis telah memaklumkan kepada peguam Izzah bahawa mereka tidak akan meneruskan permohonan reman," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 
 
Nurul Izzah ditahan pada Isnin dan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang selepas dia hadir untuk memberikan keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan minggu lalu. 
 
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berikutan ucapan Ketua Pembangkang yang dibacakannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

Tiada ulasan: