Isnin, 9 Mac 2015

PKR tuntut polis siasat Jho Low

MALAYSIAKINI



 
 
 
PKR menuntut hartawan Low Taek Jho disiasat susulan dakwaan memintas Bank Negara menggunakan nama “PM” dalam pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan diberi pada Petrosaudi.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Jho Low dan seorang bekas pegawai tinggi 1MDB melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan disiasat atas dakwaan pecah amanah.

"Oleh yang demikian, saya menggesa supaya mereka segera disiasat dan didakwa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap individu tersebut esok 10 Mac jam 3 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kes itu.

Sarawak Report semalam mendedahkan komunikasi e-mel didakwa menunjukkan Low memberitahu bos Petrosaudi bahawa pinjaman itu tidak harus diisytiharkan kepada Bank Negara kerana boleh menyebabkan “kelewatan yang tidak perlu”.

Laporan itu sebahagian daripada dakwaan pendedahan berkaitan 1MDB oleh laman pembocor maklumat itu semalam.

Firma guaman Schillings yang mewakili Low semalam berkata pendedahan Sarawak Report adalah "palsu, mengelirukan dan dinafikan oleh pelanggan kami".

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Low menafikan dakwaan bahawa beliau memperoleh AS$700 juta daripada perjanjian antara 1MDB dan firma tenaga Saudi PetroSaudi International.


 

Tiada ulasan: