Petisyen pada White House menggesa pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul semula di talian sejurus sebelum tengah malam, dan berjaya mencapai sasaran mengutip 100,000 tandatangan awal pagi ini
Sehingga jam 8 pagi ini, jumlah tandatangan yang diperolehi untuk petisyen tersebut ialah 106,419 - sehari menjelang tarikh akhir pada 12 Mac.
Petisyen Pro-Anwar itu diusahakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke
Malaysia John Malott, dikeluar dari lamanweb White House semalam kerana
"melanggar terma peserta".
Ia telah digantung selama 14 jam ketika ia memerlukan kira-kira 4,000 lagi tandatangan untuk mencapai sasarannya.
Tarikh akhir bagi petisyen itu adalah esok, 12 Mac. Ia memerlukan
100,000 tandatangan untuk mewajarkan tindak balas daripada Presiden
Amerika Syarikat.
Petisyen itu telah dilancarkan pada 10 Februari - hari Anwar dijatuhkan
hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan dengan tuduhan kes liwat.
Malott memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menerima sebarang
pemberitahuan dari Rumah Putih mengenai penggantungan petisyennya.
Manakala petisyen balas
yang menggesa pentadbiran Obama supaya tidak campur tangan dalam badan
kehakiman Malaysia telah digantung awal pagi ini oleh laman web White
House.
Malott berkata beliau tidak meminta petisyen itu diturunkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan