Selasa, 24 Mac 2015

Peserta himpunan bergelut dengan polis

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan peserta perhimpunan nyalaan lilin di luar balai polis Kelana Jaya bergelut dengan sepasukan polis anti rusuhan.

Kejadian itu berlaku lewat malam tadi ketika pasukan polis memindahkan 26 orang individu yang ditahan semasa perhimpunan membantah GST ke ibu pejabar polis Shah Alam.

Seramai lebih 50 orang anggota pasukan tindakan ringan (LSF) mengasak kumpulan 200 orang peserta berkenaan untuk membolehkan dua trak polis memindahkan 26 individu tersebut.

Tindakan itu disambut dengan asakan balas oleh 200 orang peserta tersebut. Kejadian itu menyebabkan salah seorang daripadanya, Ketua AMK Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli didakwa ditendang di bahagian rusuk.

Terdahulu, tiga orang ditahan dalam pergelutan di luar balai polis Kelana Jaya.

Antaranya, Ahmad Haikal Othman, abang kepada seorang aktivis DAP, Young Syefura. Ketiga-tiganya dipercayai sebagai penuntut universiti.

Kumpulan berkenaan pada asalnya berhimpun sebagai tanda solidariti dengan 79 orang yang ditahan pada sebelah petang kerana menyertai bantahan di hadapan ibu pejabat Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan.

Seramai 50 orang daripadanya telahpun dibebaskan bermula jam 9 malam.

Antara individu yang masih ditahan ialah MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, MP Sungai Siput, Dr Michael DJeyakumar, ketua penerangan Pemuda PASMohd Nasaie Ismail, setiausaha agung PSM S Arutchlevan dan aktivis Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai Auntie Bersih.


Tiada ulasan: