Mohamad Sabu Mohamad Sabu
 
 
 
KUALA LUMPUR - Status hubungan Pas dalam PR tidak dibincang dalam mesyuarat hari ini," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau menegaskan Pas akan terus mengekalkan perjuangannya bersama PR walau terus dilanda konflik bersama parti komponen PR.

“Perkara itu (hubungan Pas-PR) tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini. Kami (Pas) akan kekal bersama Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media selepas tamat Mesyuarat Khas Pas Pusat, hari ini.

Satu Mesyuarat Khas Pas telah berlangsung bagi membincangkan beberapa perkara yang dibangkitkan akhir ini termasuk berhubung isu hudud dan hubungan dengan PR.

Sementara itu, Mohamad turut menolak dakwaan terdapat perbincangan berhubung hubungan Pas dengan DAP.

"Kami tak bincang mengenai hal ini. Apa pun kami tetap bersama PR,” katanya.

Sebelum ini, DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta memaksa pemimpin tersebut keluar parti.

Ia susulan daripada ketegasan Abdul Hadi yang membawa Rang Undang-undang Persendirian hudud ke Dewan Rakyat.