Sabtu, 14 Mac 2015

PAS mahu Muhyiddin buktikan ketegasan mengenai 1MDB

 THE MALAYSIAN INSIDER


Kemelut hutang 1Malaysia Development Berhad dan misteri kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015. Kemelut hutang 1Malaysia Development Berhad dan misteri kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider.  



Susulan posting terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya semalam, PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan ketegasannya dalam isu “bail out” syarikat yang sarat menanggung hutang itu.























 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, kiri) meminta timbalan perdana menteri itu agar tidak menghampakan rakyat kerana beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan menegaskan dana awam tidak seharusnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB.

"Muhyiddin perlu menyatakan bantahan terbuka kepada suntikan RM950 juta yang diluluskan Kabinet kepada 1MDB jika beliau serius dengan saranan beliau memastikan duit rakyat tidak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.


"TPM perlu menyuarakan bantahan jika beliau tidak bersetuju. Jika beliau berdiam, maka terbuktilah kenyataan beliau hanyalah retorik semata-mata," katanya. Semalam, Mahathir menulis, siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1MDB kerana audit biasa saja tidak mencukupi.

Bekas perdana menteri itu juga menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga menyarankan Muhyiddin dan Najib segera membuat deklarasi harta.

"Muhyiddin juga disarankan membuat deklarasi harta segera, dan mendesak Najib turut melakukan perkara yang sama bagi membersihkan namanya.

"Inilah masa paling sesuai untuk melakukan demikian setelah Mahathir secara terbuka menyoal mengenai sumber kekayaan ahli keluarga perdana menteri," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, kemelut hutang 1MDB dan misteri kekayaan keluarga Najib mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa.
Tambahan pula, dengan kejatuhan nilai ringgit dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hanya tinggal 17 hari sahaja lagi.

"PAS menasihatkan Muhyiddin bertindak cepat," katanya.

Susulan pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Khamis mengesahkan Putrajaya menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB sebagai “standby credit.”

“Standby credit” ialah perkiraan yang dibuat dengan peminjam di mana satu jumlah kredit tetap disediakan kepada peminjam apabila ia memerlukan bagi tempoh tertentu.

Tiada ulasan: