Ahad, 15 Mac 2015

Nurul Izzah sedia beri keterangan


izzah
 
 
 
KOTA BHARU – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kedatangan empat anggota polis ke rumahnya petang kelmarin, berhubung laporan polis dibuat bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, tidak wajar.

Menurutnya, beliau sudah membuat temu janji untuk memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung laporan itu, esok.

“Sebaik tiba di rumah selepas melawat bapa (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di penjara (Sungai Buloh), empat anggota polis datang ke rumah saya dan memaklumkan saya disiasat mengikut Akta Hasutan susulan laporan polis yang dibuat Zulkifli.

“Saya dah bersedia beri keterangan berhubung laporan Zulkifli, yang dibuat tidak kurang 24 jam terhadap saya, Isnin ini,” katanya ketika ditemui pada Forum Solidariti Untuk Anwar, kelmarin.

Menurutnya, dia juga memaklumkan kunjungannya ke Kelantan bagi menghadiri forum dan akan menghadirkan diri ke Balai Polis Dang Wangi seperti dijanjikan.

Terdahulu, laporan polis dibuat oleh Zulkifli berhubung kenyataan Nurul Izzah yang didakwa mempertikai penghakiman dibuat terhadap panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang menolak rayuan kes liwat Anwar 10 Februari lalu

Tiada ulasan: