Isnin, 16 Mac 2015

Menteri Umno: Apa hak DAP persoal hudud?

MALAYSIAKINI


 


Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar DAP yang terus menyatakan penentangan ke atas usaha melaksanakan hudud di Kelantan.

“Saya pun hairan mengapa DAP menentang sangat hudud sedangkan hukum ini untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.

“Apa hak dia hendak mempersoalkan orang Islam hendak perkenal hukum hudud dan sebagainya,” kata menteri itu seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia.

Beliau merujuk kepada kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang menegaskan bahawa DAP konsisten dengan pendirian bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Lim menegaskan bahawa pelaksanaan itu juga tidak selari dengan dasar yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat.

DAP juga hari ini mahu PAS Kelantan dikenakan tindakan tegas kerana mengabaikan keputusan majlis kepimpinan Pakatan dan tetap membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 dalam sidang DUN minggu ini


Tiada ulasan: