Selasa, 3 Mac 2015

MB: Rakyat Sarawak patut buat perubahan demi negeri berkebajikan

Oleh: NAEEM RAFFI


MIRI: Rakyat Sarawak diseru menguatkan tekad melakukan perubahan untuk menikmati suasana pemerintahan yang berkebajikan seperti dinikmati rakyat Selangor dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata semangat dan azam baru setiap kali menyambut kedatangan tahun baru tidak membawa erti sekiranya masyarakat masih was-was dalam melakukan perubahan.

IMG_1167a

Justeru, beliau mengesa rakyat Sarawak berkeyakinan meninggalkan kerajaan terpalit dengan pelbagai korupsi, menjadikan PRN akan datang untuk melunaskan hasrat besar itu.

“Sudah tentu tahun kambing ini, kita mengharapkan ia membawa kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua rakyat. Tetapi ia belum cukup menjana semangat dan azam yang diimpikan sekiranya masih ramai rakyat masih takut untuk membawa perubahan.

“Jadi buat keputusan bijak dalam PRN akan datang, sama ada kekal pemerintahan sedia ada yang menekan dan menindas atau memilih kerajaan baru yang mempunyai rekod cemerlang di dua negeri terkaya di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR cabang Miri, di Kelab Gymkhana, di sini malam tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Miri, Michael Teo, Adun Krian, Ali Biju dan beberapa barisan Exco Selangor Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari serta Adun Selangor, Gan Pei Nei, Shuhaimi Shafiei, Haniza Talha dan Yaakob Sapari.

Sekurang-kurangnya lebih 500 penduduk setempat hadir pada majlis tersebut.EZY

Tiada ulasan: