Selasa, 3 Mac 2015

MB: Pakatan bantu jayakan dasar pro-rakyat Kerajaan Sarawak

Oleh: NAEEM RAFFI


KUCHING: Dasar baru kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mahu membawa pengurusan telus dan bertanggungjawab termasuk memberhentikan pembalakan haram di bumi kenyalang dapat menjayakan dasar pro-rakyat.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya akan melihat peranan yang mampu dimainkan Adun Sarawak dari kalangan PKR untuk membantu mendokong hasrat murni itu.

B_Ji_0wUQAAKC7J

“Saya tersentuh dan terkesan dengan kenyataan Adenan menyatakan Pembangkang di Sarawak bukannya musuh tetapi adalah kawan dalam pentadbiran Kerajaan Sarawak.

“Pembaharuan kepimpinan Sarawak ini disambut baik PKR dan Adun PKR Sarawak sentiasa bersedia memberi kerjasama dalam menjayakannya,” kata Mohamed Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Adenan Satem di sini, hari ini.

Hadir sama Delegasi Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi, Amirudin Shari, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie serta ditemani Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Abang Zulkifli Abang Engkeh

Mohamed Azmin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Adenan kerana menerima kunjungan delegasi Selangor.

“Ini adalah lawatan rasmi saya pertama selaku menteri besar dan kebetulan lawatan ini berlangsung pada sambutan ulangtahun pertama kepimpinan Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak,” katanya.
EZY

Tiada ulasan: