Selasa, 24 Mac 2015

Kerajaan bijak cari jalan bazir wang rakyat- Rafizi

 
Kos RM465 juat itu sebenarnya lebih tinggi dari harga sebenar jikalau jet peribadi ACJ320 itu dibeli terus oleh kerajaan persekutuan tanpa melalui syarikat swasta seperti (JPO).


rafizi ramli, Najib, Jet


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Malaysia sepatutnya menjimatkan wang sebanyak RM109 juta jika pembelian jet peribadi model ACJ 320 dilakukan secara langsung tanpa melalui Syarikat Swasta Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO).

Katanya, berdasarkan maklumat dari perunding penerbangan antarabangsa Ascend Flight Global Consultantcy, harga sebenar jet ACJ 320 adalah AS$70.4 juta atau RM246.4 juta.

“Malangnya, kerajaan persekutuan telah menggunakan khidmat sebuah syarikat swasta, JPO untuk membeli jet peribadi ACJ 320 yang kemudianya dijual pula kepada Kerajaan Persekutuan pada harga RM465 juta,” katanya semasa sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, berdasarkan perjanjian jual beli antara JPO dan Air Luther AG, JPO bersetuju membayar AS$89 juta iaitu AS$19 juta lebih mahal daripada nilai harga semasa. Daripada harga tersebut, sebanyak AS$8 juta digunakan untuk menaiktaraf kabin seperti yang didedahkan sebelum ini.

“Tidak cukup dengan pembayaran yang melebihi harga pasaran itu, JPO kemudian menjual jet tersebut pada harga sewa beli yang jauh lebih tinggi kepada kerajaan Malaysia.”

Tambah Rafizi, sekiranya kerajaan membuat pembelian secara langsung daripada Air Luther AG, kerajaan boleh berjimat sehingga RM70 juta.

Sehubungan itu beliau mendakwa kerajaan bijak mencari jalan untuk membazirkan wang rakyat dengan membuat pembelian yang jauh lebih mahal daripada harga sebenar.

Tiada ulasan: