Isnin, 9 Mac 2015

KB kawasan PAS pertama calon pencabar Hadi?

MALAYSIAKINI


 


Ura-ura tersebar bahawa Kota Bharu akan menjadi kawasan pertama PAS yang mencalonkan pencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden.

Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui malam ini apabila selesai mesyuarat jawatankuasanya bagi memutuskan perkara itu.

Setakat ini, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bawah) disebut-sebut bakal dicalonkan bagi berdepan Hadi yang sudah menerajui PAS hampir 15 tahun selepas pemergian allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pemimpin kanan bahagian itu ketika dihubungi enggan mendedahkan siapa tokoh yang bermain di fikiran mereka tetapi hanya menjelaskan “bukan (naib presiden) Datuk Husam Musa”.

Mesyuarat agung tahunan kawasan itu sebelum ini memberi mandat kepada anggota jawatankuasa pusatnya untuk memutuskan pencalonan jawatan tertinggi untuk pemilihan PAS Jun ini.

Sidang media dijadual diadakan pada jam 10 malam ini di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu.

Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding.

Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.

Pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini. 


Tiada ulasan: