Isnin, 16 Mac 2015

Izzah ditahan di bawah akta hasutan

 
Naib Presiden PKR diminta hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan #kitalawan yang diadakan dalam kala mingguan namun dia ditahan kerana ucapannya di Parlimen minggu lalu yang diklasifikasi berbaur hasutan.


izzah ditahan


KUALA LUMPUR: Selepas beberapa siri penahanan pemimpin pembangkang di bawah akta Hasutan, kini giliran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula.

Nurul Izzah dalam status twitternya memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh ASP Muniandy bahawa ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah arahan Ketua Penolong PengarahD5, Bukit Aman, Dt Azam.

Pagi tadi, Naib Presiden PKR diminta hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan #kitalawan yang diadakan dalam kala mingguan namun dia ditahan kerana ucapannya di Parlimen minggu lalu yang diklasifikasi berbaur hasutan.

Izzah yang dilihat tiba di IPD Dang Wangi tepat pukul 2:10 petang ditemani peguam, Sivarasa Rasiah memberitahu pemberita, agar pemimpin UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim harus turut dikenakan tindakan yang sama kerana mengeluarkan kenyataan yang juga berbaur hasutan.

“Kenapa tindakan hanya dikenakan terhadap ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan bukannya sama ada kepada Dr. Mashitah atau Ismail Sabri yang telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat.

“Kita mahu PDRM bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk UMNO, Datuk Seri Najib Razak mahupun konco-konconya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, Mashitah mendakwa orang Cina di Kedah membakar al-Quran untuk upacara sembahyang dan rentetannya pada Disember lepas, beliau dipanggil memberikan keterangan di IPD Dang Wangi.

Manakala, Ismail Sabri pula meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang pada Febuari lepas dan turut diarah memberi keterangan di IPD yang sama.

Namun, tiada tahanan dilakukan terhadap kedua-dua ahli politik UMNO itu.

Merujuk kepada notis yang diterima Izzah, belliau hanya dikehendaki memberi keterangan ekoran ucapannya di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Sivarasa Rasiah yang juga Ahli Parlimen Subang turut menyifatkan tindakan empat orang anggota polis yang sebelum mengunjungi kediaman Izzah untuk menahannya sebagai satu bentuk ugutan.

“Tingkah laku ini tidak boleh diterima. Ini merupakan layanan yang tidak profesional dan berbaur politik,” katanya lagi.

Tempoh tahanan Izzah bagaimanapun tidak diberitahu.

Tiada ulasan: