Oleh Ng Kee Seng
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini membentang dan membahaskan pindaan enakmen
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.Ia akan diluluskan oleh 45 Adun yang
semuanya beragama Islam esok, dan itu hanyalah formaliti.
Ini
kerana tidak syak lagi, DUN yang didominasi PAS itu akan dapat apa
yang dimahukan. Sama ada PAS akan mendapat kelulusan Parlimen yang
diperlukan adalah soal lain.Namun, sudah tiba masanya rakyat Malaysia
menerima hakikat ini dan terus melangkah ke hadapan.
Hakikatnya, undang-undang hudud negeri itu sudah diluluskan dua puluh tahun yang lalu.
Kepada
pihak yang selama ini menentang hasrat PAS melaksanakan hudud bagi
orang Islam di Kelantan, bukankah ini masanya untuk menamatkannya dan
melangkah ke hadapan?
Terutama bagi
DAP, MCA dan Gerakan. Meraka patut sudah menerima kenyataan bahawa
selagi rang undang-undang itu tidak menyalahi peraturan, mereka perlu
menerima keputusan majoriti. Bukankah itu demokrasi?
Selama
tiga dekad, DAP, MCA, MIC dan Gerakan sentiasa bersuara membantah atau
menolak apa-apa langkah untuk melaksanakan hudud di Kelantan atau
Malaysia. Apakah yang mereka capai setakat ini? Tiada apa-apa.
Dan bagi Kelantan, ketiga-tiga parti politik bukan Melayu tidak memiliki seorang wakil pun di DUN.
Jika majoriti umat Islam menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, itu adalah hak demokratik mereka. Bukankah begitu?
Selain itu, apa yang DAP, MCA, Gerakan maksudkan tentang memperjuangkan hak beragama dan demokrasi?
Bukankah orang Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka? Maka, mengapa ada diskriminasi terhadap orang Islam?
Sudah
banyak yang diperkatakan DAP, MCA dan Gerakan tentang ketakutan
terhadap hudud. Apa yang mereka takutkan? Hudud atau pelaksanaannya?
Secara
prinsip, orang bukan Islam tiada hak menafikan orang Islam yang
mahukan hudud. Namun mereka berhak untuk menggesa agar mereka tidak
tertakluk di bawah undang-undang itu melalui apa sahaja cara, jika ia
dilaksanakan dan dikuatkuasakan.
Justeru
ketakutan sebenar mereka adalah pelaksanaan, penguatkuasaan dan
pentadbiran undang-undang. Dan DAP belum pun mula menangani secara
terperinci tentang aspek-aspek ini.
Apa
yang mereka buat, terutama DAP, hanyalah menentang hudud dengan penuh
agresif sepanjang tiga dekad ini, mempolitikkannya dan dengan itu
menunjukkan mereka sebagai anti-Islam. Bolehkah anda benar-benar
salahkan pihak yang menganggap DAP sebagai anti-Islam?
Apakah
tindakan positif yang telah diambil DAP untuk menyelesaikan isu hudud?
Adakah mereka benar-benar pejuang kebebasan agama dan demokrasi?
Jika ya, pemimpinnya perlu berfikir di luar kotak dan menerima hudud sebagai hak orang Islam.
DAP
sebaliknya patut menyokong PAS dan bekerjasama dengan mereka untuk
merangka pelaksanannya, demi memastikan minoriti bukan Islam di
Kelantan tidak tertakluk atau terkesan dengan undang-undang itu.
Bukankah
itu langkah yang positif bagi DAP di dalam Pakatan, atau sebuah
kerajaan Pakatan? Atau DAP sebenarnya tidak yakin dapat memastikan
Pakatan mampu melaksanakan dan mentadbir hudud hanya untuk orang Islam,
dan mengecualikan orang bukan Islam?
DAP
telah mengancam kedudukan dan status PAS dalam Pakatan jika mereka
meneruskan usaha melaksanakan hudud di Kelantan. Apakah kesan positif
langkah itu kepada orang bukan Islam dan rakyat Malaysia secara
umumnya?
Apa
yang DAP lakukan hanyalah membangkitkan emosi politik dan memarakkan
api agama dalam isu ini. Adakah DAP mahu memimpin rakyat Malaysia ke
arah perkembangan sosial yang positif, atau cuma mahu kekal relevan di
kalangan orang bukan Islam?
Jangan
dilupakan bahawa ciri utama yang paling penting dalam pindaan enakmen
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ini adalah undang-undang hudud hanya
dilaksanakan ke atas orang Islam. Itulah prinsipnya.
Kebimbangan
yang dibangkitkan DAP dan pihak bukan Islam lain adalah tentang salah
urus. Bukankah menjadi tugas DAP untuk memastikan Pakatan mampu menjadi
pentadbir yang cekap dalam kerajaannya?
Agensi
berita nasional Bernama memetik Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk
Takiyuddin Hassan sebagai berkata, enakmen itu menawarkan pilihan
kepada orang bukan Islam sama ada ingin dibicarakan di bawah hudud atau
undang-undang sivil.
Pindaan dan
penambahbaikan terhadap enakmen itu berdasarkan pandangan dan cadangan
pelbagai pihak, antaranya pakar perundangan, politikus dan badan bukan
kerajaan (NGO).
“Dengan pindaan ini,
kanun jenayah ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang
mukalaf bagi apa-apa kesalahan di bawah kanun ini ,” katanya yang juga
menjadi Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan.
Ahli
Parlimen Kota Baru dan pengamal undang-undang itu juga berkata, orang
bukan Islam tidak lagi perlu bimbang terhadap pelaksanaan undang-undang
itu.
Katanya lagi, pindaan (15
perkara) itu turut memperkemas hukuman terhadap kesalahan berkaitan
liwat dan zina, serta soal-soal teknikal.
Katanya,
usaha ke arah pelaksanaan kanun jenayah Syariah di negeri itu
dibangkitkan apabila rang undang-undang hudud diluluskan sidang DUN
pada 25 November 1993.
“Penubuhan
jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri dan persekutuan untuk
mengkaji pelaksanaan hudud di Kelantan dilihat perkembangan positif ke
arah usaha melaksanakan undang-undang Islam ini.
“Dua
perkara perlu ditangani bagi mengatasi halangan perundangan untuk
mewartakan dan melaksanakannya. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan perlu
dibawa ke Dewan Rakyat.”
Katanya,
salah seorang Ahli Parlimen PAS akan membentangkan rang undang-undang
persendirian untuk meminda Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan,
bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri melaksanakan Kanun Jenayah
Syariah. Pada masa sama, kerajaan Persekutuan perlu meminda Pindaan
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam soal yang
berkaitan dengan kuasa mahkamah Syariah.
Dalam
respon segera, Bendahari Umno Kelantan dan Adun Kok Lanas Datuk Md
Alwa Che Ahmad berkata: “Isu ini hanya berkaitan orang Islam. Orang
lain tidak perlu campur tangan.”
Sementara
itu, delegasi 50 ahli Gerakan pelbagai negeri yang diketuai timbalan
Ketua Pemuda Andy Yong berkata: “Kami di sini untuk menyokong tiga
rakan parti kami yang telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi
Kota Bharu untuk mencabar kesahan undang-undang hudud.
“Kami
bukan anti-Islam. Hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana anda akan dapat kuatkuasakan dua undang-undang jenayah dalam
negara ini? Bagaimana untuk menguatkuasakannya dalam negara berbilang
kaum?”
Mereka yang mengemukakan cabaran tersebut adalah Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Man Sie.
Antara
yang hadir menyokong adalah pemimpin muda parti itu dari Pulau Pinang,
termasuk Ketua Pemuda negeri Hng Chee Wey, Bendahari Pemuda negeri
Andy Tan Hum Wei dan Setiausaha Pemuda negeri Ooi Zhi Yi.
Hng
juga berkata: “ Kami bukan anti-Islam. Jaminan bahawa orang bukan
Islam tidak akan terkesan adalah tidak kukuh. Jika seorang lelaki bukan
Islam merogol wanita Islam, undang-undang mana yang akan digunakan?”
Tindakan
proaktif Pemuda Gerakan memang berani. Tetapi dimanakah panel kajian
hudud MCA yang dianggotai 100 peguam pada masa ini?
Keputusan
pengundian rang undang-undang hudud esok, yang melibatkan 32 Adun PAS,
12 Umno dan seorang dari PKR sudah hampir pasti.
Laman
the Malaysian Insider memetik Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke
sebagai berkata, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam
Pakatan, berikutan langkah PAS Kelantan ini.
Nampaknya lebih banyak
ugutan daripada DAP, tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia?
Apakah faedah tindakan itu kepada minoriti di Kelantan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan