Khamis, 5 Mac 2015

Halang Anwar, KP penjara diselar PKR

Saya minta mereka hantar satu platun pegawai, bawa senjata, meriam dan kereta kebal untuk membuat kawalan di seluruh kawasan parlimen, kalau risau Anwar akan lari.


johari-abdul


PETALING JAYA: PKR hari ini menyelar tindakan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Sri Zulkifli Omar yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke persidangan Parlimen minggu hadapan.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, berkata, tindakan Zulkifli menghalang Anwar sebagai seorang Ahli Parlimen merupakan kesalahan yang besar kerana tindakan beliau telah melampaui perlembagaan negara.

“Sehingga kini Anwar masih lagi seorang Ahli Parlimen dan ketua pembangkang, perkera tersebut disahkan sendiri Speaker Dewan Rakyat mengikut Fasa 48 (4) (C),” katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR.

Sehubungan itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan PKR akan mengheret Zulkifli ke mahkamah jika beliau masih berdegil menghalang Anwar hadir ke parlimen.

“Ketua pengarah penjara boleh membenarkan Anwar hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini sebagai saksi tetapi tidak membenarkan Anwar sebagai seorang ahli Parlimen hadir ke sidang Parlimen. Ini tindakan yang luar biasa dan tak masuk akal,” jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya, pihak penjara berangapan Anwar seorang penjenayah yang paling bahaya mereka boleh menghantar satu platun pagawai penjara untuk mengawal Anwar di kawasan parlimen.
Johari juga menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, supaya megambil tindakan terhadap keputusan pihak penjara kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa beliau. Malah beliau berhak menentukan keputusan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Zulkifli tidak mempunyai hak untuk mengeluar surat bagi menghalang Anwar, kerana keputusan tersebut merupakan bidang kuasa KDN mengikut perlembagaan.

“Zahid perlu bertanggungjawab kerana perkara ini di bawah bidang kuasa beliau, kerana isu ini melibatkan perlembagaan, malah sekiranya beliau berdiam diri beliau merupakan seorang menteri yang bangang,” akhirinya.

Tiada ulasan: