Isnin, 9 Mac 2015

Dr Dzul enggan kaitkan serangan dengan pemilihan

MALAYSIAKINI


 


Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau tidak takut selepas insiden diserang individu yang tidak dikenali Khamis lalu.

“Episod serangan seperti (ini) sememangnya bertujuan untuk mencetuskan perasaan takut sekali gus rasa fobia kepada mangsa.

“Saya lawan perasaan ini dari awal lagi dan tidak mahu gejala ini mencacatkan aktivisme,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau turut menolak membuat sebarang spekulasi berhubung motifnya dan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pemilihan PAS yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu untuk membuat apa-apa spekulasi sehingga kini dan saya mahu pihak polis membuat siasatan yang rapi,” katanya.

Ditanya berhubung status siasatan kes itu,  Dzulkefly berkata belum mendapat maklumat lanjut setakat ini.

“Saya tidak mahu untuk membuat apa-apa spekulasi sehingga kini dan saya mahu pihak polis membuat siasatan yang rapi,” katanya.

Beliau juga katanya tidak memerlukan kawalan unit amal kerana kawasan kediamannya mempunyai pengawal sendiri.

Menyentuh soal pemilihan,  Dzulkefly berkata beliau bersedia untuk terus berkhidmat sekiranya dicalonkan dan dipilih dalam pemilihan akan datang.

Pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini. 


Tiada ulasan: