Selasa, 3 Mac 2015

Demo pro-Anwar bertegas himpun di Sogo

MALAYSIAKINI


 


Penganjur himpunan #KitaLawan yang bakal berlangsung Sabtu ini menegaskan untuk tetap berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

Bagaimanapun polis juga berkeras tidak membenarkan perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar itu diadakan di tengah ibu kota.

Penyelaras himpunan itu Fariz Musa berkata polis tiada hak menentukan tempat himpunan itu akan berlangsung.

"Itu hak kami, bukan hak mereka (polis) untuk tentukan.

"Keputusan kita buat hari itu masih kekal iaitu berhimpun di Sogo," kata Fariz kepada Malaysiakini.

Beliau turut memberi jaminan yang himpunan itu akan berlangsung dengan aman.

Himpunan 7 Mac menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tiada ulasan: